Premium
Ralph Lauren tutup gedung utama Polo di New York
Apr 6, 2017 | 5:30 AM
AKAN DITUTUP: Gedung Polo di Fifth Avenue di New York akan ditutup dan memberhentikan pekerja sebagai sebahagian rancangan mengurangkan kos. - Foto REUTERS -
NEW YORK: Ralph Lauren Corp akan memberhentikan pekerja dan menutup gedung utama Polo di Fifth Avenue di New York sebagai sebahagian daripada rancangan mengurangkan kosnya.
Ia juga akan menutup pejabat dan gedungnya di beberapa tempat lain. Peruncit pakaian mewah itu juga mengumumkan bahawa perniagaan e-dagangnya akan berpindah ke platform Commerce Cloud kendalian Salesforce.com Inc yang lebih cekap dan murah.

