Raja Salman beritahu Trump Saudi mahu huraian adil, tetap bagi masalah Palestin
Premium
Raja Salman beritahu Trump Saudi mahu huraian adil, tetap bagi masalah Palestin
Sep 8, 2020 | 5:30 AM
MAHU ADIL DAN TETAP: Raja Salman mengatakan kepada Encik Trump beliau menghargai usaha Amerika menyokong perdamaian, tetapi juga mengongsi keinginan Arab Saudi melihat penyelesaian adil dan kekal bagi masalah Palestin, berdasarkan Inisiatif Damai Arab yang dibentangkan oleh kerajaan itu pada 2002. - Foto-foto REUTERS -
KAHIRAH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz, mengatakan kepada Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dalam satu panggilan telefon kelmarin bahawa kerajaannya ingin mencapai penyelesaian adil dan tetap bagi masalah Palestin.
Beliau menambah bahawa masalah itu antara sebab utama Insiatif Damai Arab, lapor agensi berita negara itu.

