Topik diikuti
Pergi ke BHkuPuluhan ribu raikan keputusan M'sia tidak meterai ICERD
Premium
Puluhan ribu raikan keputusan M'sia tidak meterai ICERD
Kerajaan M'sia buat pusingan U tarik balik keinginan tandatangani konvensyen ekoran tekanan awam
Puluhan ribu raikan keputusan M'sia tidak meterai ICERD
BANTAH: Seorang penunjuk perasaan melaungkan slogan membantah pemeteraian Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 9, 2018 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Puluhan ribu orang berkumpul di Dataran Merdeka semalam untuk menyertai perhimpunan meraikan langkah kerajaan Malaysia menarik balik keputusan mahu memeterai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Selepas beberapa minggu menghadapi tekanan oleh kumpulan kaum Melayu, kerajaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan ia tidak akan memeterai konvensyen tersebut, tanpa memberi sebab ia menarik balik keputusannya.
