SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bincang bubar Parlimen sedikit masa lagi: PM Malaysia

Bincang bubar Parlimen sedikit masa lagi: PM Malaysia

Sep 17, 2022 | 9:55 PM

Bincang bubar Parlimen sedikit masa lagi: PM Malaysia

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia yang juga Naib Presiden Umno.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia yang juga Naib Presiden Umno. -

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri mengulangi pendirian dan janjinya untuk segera berbincang dengan 'Top Five' Umno berhubung pembubaran Parlimen.

Perdana Menteri berkata berdasarkan semangat dan sokongan Pemuda Barisan Nasional (BN) pada Sabtu (17 Sep), beliau akan berbincang dengan segera bersama Presiden dan 'Top Five'. "Hari ini di sini kelima-lima Top Five Umno ada, maka kita akan bincang dalam tempoh terdekat pembubaran Parlimen ini. "Kita sudah hampir ke Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), percayalah sikit masa lagi. Saya mendengar dengan jelas (gesaan pembubaran). "Insya-Allah dalam waktu terdekat kita berjumpa dan berbincang. "Apa yang penting apabila Parlimen dibubarkan dan diadakan pilihan raya, kita mesti menang dan mampu menguasai kerajaan kembali," katanya. - BHM.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg