Topik diikuti
Pergi ke BHkuPompeo: Korea U mesti segera hapus senjata nuklear
Premium
Pompeo: Korea U mesti segera hapus senjata nuklear
Pompeo: Korea U mesti segera hapus senjata nuklear
BERI AMARAN: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Mike Pompeo (kanan), berkata sekatan ke atas Pyongyang tidak akan dilonggarkan sehingga senjata nuklear dihapuskan. - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jun 15, 2018 | 5:30 AM
SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, memahami bahawa penghapusan senjata nuklear mesti berlaku dengan "cepat", kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Mike Pompeo, semalam, sambil memberi amaran sekatan ke atas Pyongyang tidak akan dilonggarkan sehingga proses itu selesai.
Encik Pompeo berkata, Washington tetap komited terhadap penghapusan "lengkap, dapat disahkan dan tidak boleh dipulihkan semula" senjata nuklear Korea Utara, selepas kenyataan bersama yang dihasilkan pada sidang puncak Presiden Amerika, Encik Donald Trump, dan Encik Kim di Singapura menarik kritikan kerana kekurangan terperinci mengenai isu utama itu.
