Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolis M'sia serbu pusat di Perlis, tangkap guru, penuntut fahaman pelampau
Polis M'sia serbu pusat di Perlis, tangkap guru, penuntut fahaman pelampau
KUALA LUMPUR: Sebuah pusat pembelajaran Islam di Perlis, yang diserbu Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman pada 24 September lalu, dipercayai menjadi pusat penyebaran fahaman ideologi 'Salafi Jihadi' di Malaysia sejak lebih empat tahun lalu.
Menurut sumber akhbar Utusan Malaysia semalam, kumpulan fahaman pelampau yang dipelopori Syeikh Muqbil Hadi Al Wadi'i itu mula mencari peluang bertapak di Malaysia pada 2014.
