Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolis Jerman tembak mati lelaki Afghan selepas serang penumpang tren
Polis Jerman tembak mati lelaki Afghan selepas serang penumpang tren
BERLIN: Polis Jerman menembak mati remaja berusia 17 tahun yang dikenal pasti seorang pelarian Afghanistan selepas menyerang penumpang kereta api dengan kapak dan pisau, menyebabkan tiga parah.
Beberapa lagi penumpang juga dilaporkan cedera dalam serangan pada lewat malam waktu Jerman itu membabitkan kereta api penumpang tempatan di Wuerzburg, Bavaria.
