Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolis Indonesia '90% yakin' militan terbunuh pengganas paling diburu
Santoso mungkin antara dua yang maut dalam pertempuran di Sulawesi Tengah
Polis Indonesia '90% yakin' militan terbunuh pengganas paling diburu
JAKARTA: Pengganas paling dikehendaki di Indonesia yang juga penyokong kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), Santoso, mungkin antara dua anggota militan yang dibunuh dalam kejadian tembak-menembak dengan pasukan keselamatan di timur Indonesia.
Polis Jakarta semakin yakin bahawa salah seorang anggota militan yang terbunuh kelmarin di hutan Poso, Sulawesi Tengah, ialah Santoso, menurut laporan akhbar The Straits Times.
