SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PM Muhyiddin tadbir seorang diri sehingga menteri kabinet dilantik nanti

PM Muhyiddin tadbir seorang diri sehingga menteri kabinet dilantik nanti

Mar 5, 2020 | 10:05 AM

PM Muhyiddin tadbir seorang diri sehingga menteri kabinet dilantik nanti

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani satu dokumen pada hari pertamanya di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 2 Mac.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani satu dokumen pada hari pertamanya di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 2 Mac. - AFP /JABATAN PENERANGAN MALAYSIA/ HAZLINA TAJUDDIN

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertanggungjawab ke atas semua kementerian dan jabatan kerajaan sehingga perlantikan menteri kabinet, menurut warta terkini Kerajaan Persekutuan.

Warta yang ditandatangani pada Selasa (4 Mac) oleh Ketua Setiausaha kepada Kerajaan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, juga menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong, telah melantik Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

"Arahan ini dianggap sudah beroperasi pada 1 Mac, 2020.

"Telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri (Tan Sri) Muhyiddin akan ditugaskan dengan tanggungjawab dalam semua jabatan Kerajaan Persekutuan dan bidang yang dipertanggungjawabkan jabatan itu, sehingga perlantikan menteri lain dalam kabinet," kata notis yang diterbitkan di laman web Pejabat Peguam Negara. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg