PAS mungkin kehilangan Kelantan akibat pertandingan 3 penjuru
Premium
PAS mungkin kehilangan Kelantan akibat pertandingan 3 penjuru
Tinjauan badan kaji selidik turut dedah BN boleh ulangi prestasi pada PRU13
May 2, 2018 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Encik Ibrahim Suffian, memberi amaran kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) bahawa pertandingan tiga penjuru di Kelantan mungkin menyebabkan parti itu kehilangan negeri tersebut.
Beliau berkata dalam satu forum di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) baru-baru ini bahawa hasil tinjauan yang dijalankan badan kaji selidik itu sejak pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) di Kelantan meningkat sekurang-kurangnya 8 peratus.

