Premium
Pilihan raya UK: May terima padah
Jun 10, 2017 | 5:30 AM

-
LONDON : Tindakan Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May mengadakan pilihan raya umum bagi mendapatkan mandat yang lebih kuat akhirnya memakan diri sendiri dan meletakkan politik British terumbang-ambing dan bakal merencatkan rundingan Brexit.
Tanpa kemenangan yang mutlak Cik May perlu mengembalikan kestabilan ketika pencabarnya dari parti Buruh Encik Jeremy Corbyn mendesak beliau supaya meletakkan jawatan - menjadikan parlimen Britain dalam keadaan buntu dan tidak menentu.

