Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerang dagang: China tolak permintaan kapal perang AS ke HK
Premium
Perang dagang: China tolak permintaan kapal perang AS ke HK
Perang dagang: China tolak permintaan kapal perang AS ke HK
HUBUNGAN KETENTERAAN TURUT TERJEJAS: Kapal perang Amerika Syarikat USS Wasp ini pada mulanya dijadualkan membuat lawatan pelabuhan ke Hongkong bulan depan. - Foto fail AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Sep 27, 2018 | 5:30 AM
BEIJING: China menolak permintaan sebuah kapal perang Amerika Syarikat yang hendak membuat lawatan pelabuhan ke Hongkong bulan depan, kata pegawai daripada kedua-dua negara kelmarin, sedang ketegangan antara mereka meluas ke bidang ketenteraan dan ekonomi.
Pembatalan lawatan yang dirancang oleh USS Wasp, kapal serangan amfibia yang membawa kontinjen Marin, itu menyusuli keputusan China menarik balik seorang laksamana kanan yang berada di Amerika bagi satu persidangan tentera laut minggu ini.
