Premium
Penyiasat tangguh siasatan serangan kimia di Douma
Apr 19, 2018 | 5:30 AM
HANCUR: Pemandangan umum kemusnahan di Douma kelmarin, selepas tentera Syria mengisytiharkan semua pasukan antipemerintah telah meninggalkan wilayah Ghouta Timur selepas serangan dua bulan terhadap pemberontak. - Foto AFP -
WASHINGTON/BEIRUT: Penyiasat senjata kimia terpaksa menangguhkan lawatan ke lokasi serangan senjata kimia yang disyaki di Douma, Syria, semalam setelah pasukan keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan kejadian tembakan di lokasi itu hari sebelumnya.
Demikian menurut agensi berita Reuters petang semalam, memetik sumber-sumbernya yang diberi taklimat mengenai pengerahan pasukan penyiasat daripada Pertubuhan bagi Larangan Senjata Kimia (OPCW) itu.

