Topik diikuti
Pergi ke BHkuPemimpin dunia peringati ulang tahun ke-75 PBB
Penularan wabak Covid-19, ketegangan hubungan Amerika Syarikat-China antara cabaran utama badan dunia itu
Pemimpin dunia peringati ulang tahun ke-75 PBB
NEW YORK: Pemimpin dunia berhimpun secara maya kelmarin (21 Sep) bagi meraikan ulang tahun ke-75 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di tengah-tengah pandemik koronavirus dan ketegangan hubungan Amerika Syarikat dan China, yang dilihat mencabar keberkesanan dan kesatuan badan yang memayungi 193 negara anggota itu.
Sedang Covid-19 mula menular di seluruh dunia awal tahun ini, memaksa jutaan orang untuk berlindung di rumah dan memusnahkan ekonomi, negara-negara sedunia mula memandang ke dalam dan para diplomat berkata, PBB terkapai-kapai untuk mengukuhkan kedudukannya.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
