Topik diikuti
Pergi ke BHkuKhashoggi mati kerana 'lemas', pembunuhan dirancang jauh lebih awal
Premium
Khashoggi mati kerana 'lemas', pembunuhan dirancang jauh lebih awal
Khashoggi mati kerana 'lemas', pembunuhan dirancang jauh lebih awal

-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Nov 2, 2018 | 5:30 AM
ISTANBUL: Ketua pejabat pendakwa raya Istanbul kelmarin berkata wartawan Encik Jamal Khashoggi mati akibat lemas dalam satu pembunuhan yang dirancang sebelum beliau memasuki konsulat Arab Saudi di sini empat minggu lalu, dan tubuhnya dikerat lalu dibuang.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas perbincangan dua hari bersama pendakwa raya Saudi, Encik Saud al-Mojeb, pejabat pendakwa rata Istanbul juga berkata tidak ada keputusan konkrit yang dicapai dalam mesyuarat itu.
