Topik diikuti
Pergi ke BHkuPembangkang kecam larangan papar wajah Mahathir, Anwar dalam poster
Premium
Pembangkang kecam larangan papar wajah Mahathir, Anwar dalam poster
Pembangkang kecam larangan papar wajah Mahathir, Anwar dalam poster
PERATURAN LEBIH KETAT: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengeluarkan garis panduan baru yang menetapkan hanya gambar dua pemimpin parti politik - presiden dan timbalan presiden, atau setara mereka - boleh digunakan pada bahan kempen, di luar kawasan undi yang bertanding. - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Apr 27, 2018 | 5:30 AM
KUALA LUMPUR: Pembangkang Malaysia mengutuk satu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menghalang gambar Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim digunakan pada poster di seluruh negara menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei.
Selasa lalu, SPR mengeluarkan garis panduan baru bagi calon yang menetapkan bahawa hanya gambar dua pemimpin parti politik - presiden dan timbalan presiden, atau setara mereka - boleh digunakan pada bahan kempen, selain gambar calon bagi kawasan pilihan raya itu.
