SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Pemandu lori dalam nahas Port Dickson yang korbankan keluarga S'pura dipenjara lima tahun

Pemandu lori dalam nahas Port Dickson yang korbankan keluarga S'pura dipenjara lima tahun

Jul 19, 2019 | 3:09 PM

Pemandu lori dalam nahas Port Dickson yang korbankan keluarga S'pura dipenjara lima tahun

NAHAS PORT DICKSON: Empat sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori di simpang tiga Lukut-Sepang, Port Dickson. Pemandu lori itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun.
NAHAS PORT DICKSON: Empat sekeluarga maut selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori di simpang tiga Lukut-Sepang, Port Dickson. Pemandu lori itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun. - Foto Polis Diraja Malaysia

PORT DICKSON: Seorang pemandu lori berusia 55 tahun dipenjara lima tahun kerana memandu dengan cuai dan menyebabkan kematian empat anggota keluarga Singapura Januari tahun lalu.

Majistret Siti Khairiah Abdul Razak turut mengarahkan pemandu itu, P. Mani, membayar denda RM40,000 ($13,217). Jika tidak, dia harus menjalani hukuman penjara lagi empat tahun, lapor The Star.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Rosli Samad, 53 tahun; Maimunah Sapari, 50 tahun serta dua anak mereka iaitu Nur Amalina, 20 tahun, dan Dayana Sarah, 17 tahun dalam kejadian di simpang Jalan Sepang-Lukut pada 2.30 petang, pada 3 Januari 2018.

Selain itu, lesen pemandunya juga akan digantung selama tiga tahun.

Berita Harian melaporkan sebelum ini bahawa empat sekeluarga itu telah bercuti ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta Honda Stream berwarna putih yang dipinjamkan adik Encik Rosli, Encik Rahmat Samad, dan bertolak dari Singapura pada 1 Januari 2018.

Namun, percutian mereka berakhir dengan tragedi apabila kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah lori tanpa muatan yang datang dari arah Sepang menuju ke Seremban di simpang tiga Lukut-Sepang, Port Dickson, pada 3 Januari.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg