Pemandu GrabCar M'sia diserang dua 'penumpang' yang mahu merompak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu GrabCar M'sia diserang dua 'penumpang' yang mahu merompak

Aug 10, 2016 | 3:09 PM

Pemandu GrabCar M'sia diserang dua 'penumpang' yang mahu merompak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pemandu Grabcar diserang oleh dua lelaki yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau pada 9 Ogos 2016.
Pemandu Grabcar diserang oleh dua lelaki yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau pada 9 Ogos 2016. - GAMBAR THE STRAITS TIMES

KAJANG: Pejalan kaki tampil membantu seorang pemandu GrabCar selepas beliau diserang dua "penumpang" dalam satu rompakan yang gagal di sini pada kira-kira 1 pagi Selasa (9 Ogos).

Pemandu berusia 27 tahun itu sedang menurunkan dua lelaki di Taman Sri Jelok, Kajang, apabila mereka cuba merompak beliau.

Ketua Polis Daerah Kajang, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Othman Nanyan, berkata dua lelaki tersebut - yang mempunyai 10 rekod jenayah - mengupah pemandu itu untuk membawa mereka dari Ampang ke Kajang.

"Mereka menyebabkan kecederaan pada muka dan kepala pemandu itu ketika cuba merompaknya. Mereka ditahan oleh orang awam dan diserahkan kepada polis," katanya.

ACP Othman berkata pemandu itu kemudian dirawat di Hospital Kajang.

Dua lelaki itu, kedua-duanya 39 tahun, akan ditahan reman hingga 15 Ogos bagi membantu siasatan di bawah kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan semasa melakukan rompakan. - The Star/Asia News Network

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg