Topik diikuti
Pergi ke BHkuPBB gesa dunia bantu atasi krisis kebuluran di Somalia
PBB gesa dunia bantu atasi krisis kebuluran di Somalia
MOGADISHU: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, menggesa masyarakat antarabangsa agar menangani krisis kebuluran yang semakin meruncing di Somalia.
Menurut beliau, krisis yang melanda negara itu memerlukan bantuan berskala besar ketika enam juta penduduk, hampir separuh daripada penduduk Somalia, semakin terdesak mendapatkan bekalan makanan.
