Parut tsunami kekal namun penduduk terus cekal
Warga Aceh jalani proses pembangunan semula – dari segi fizikal dan juga emosi
Dua dekad selepas tsunami 2004 yang meragut sekitar 170,000 nyawa di Aceh, wilayah itu menjalani proses pembangunan semula, meskipun terus dibayangi memori pahit bencana itu.
Semasa di Aceh, Wartawan Foto Berita Minggu (BM), Shafiq Apandi, berpeluang merakamkan kehidupan harian yang mencerminkan sebuah wilayah yang pernah mengalami kemusnahan, namun diperkukuh dengan kecekalan dan ketabahan.
Di sebalik parut fizikal dan emosi yang dialami, kesan akibat bencana tsunami yang melanda pada Disember 2004 itu dijadikan pengajaran dan dimanfaatkan masyarakatnya bagi membina masa depan yang lebih baik.
Berikut antara paparan yang dirakam semasa tinjauan pasukan BM ke Aceh baru-baru ini.


