Topik diikuti
Pergi ke BHkuPengguna Berdaftar
Parlimen Britain luluskan perjanjian dagang pasca-Brexit dengan EU
Parlimen Britain luluskan perjanjian dagang pasca-Brexit dengan EU
LONDON: Penggubal undang-undang Britain meluluskan perjanjian perdagangan pasca-Brexit Perdana Menteri Boris Johnson dengan Kesatuan Eropah (EU) kelmarin, sedang kedua-dua pihak menanti untuk memulakan babak hubungan baru beberapa hari sebelum perpisahan mereka menjadi kenyataan.
Britain dan EU menandatangani perjanjian itu kelmarin dan Parlimen Britain akan memuktamadkan pelaksanaannya, mengakhiri perundingan lebih empat tahun dan melindungi perdagangan tahunan bernilai hampir AS$1 trilion.
