Premium
Militan Rohingya isytihar gencatan senjata
Sep 11, 2017 | 5:30 AM

-
YANGON: Militan Rohingya semalam telah mengisytiharkan pihaknya akan melaksanakan satu gencatan senjata selama sebulan.
"Askar Penyelamat Rohingya Arakan (ARSA) dengan ini mengisytiharkan langkah untuk menghentikan buat sementara operasi ofensif ketenteraan," kata kumpulan militan itu melalui satu kenyataan yang disampaikan menerusi Twitter kumpulan tersebut, @ARSA-Official.

