Topik diikuti
Pergi ke BHkuMenteri Perancis, Jerman, Italy temu bincang isu pelarian

Menteri Perancis, Jerman, Italy temu bincang isu pelarian
PARIS: Menteri Dalam Negeri Perancis, Jerman dan Italy akan mengadakan pertemuan di Paris esok, bagi membincangkan pendekatan bersama bagi membantu Rome menguruskan kumpulan pendatang yang membanjiri pelabuhan negara itu.
Pada Rabu lalu, Italy mengancam untuk menghalang kapal dari lain-lain negara yang membawa pendatang daripada berlabuh di pelabuhannya, selepas menyelamatkan mereka dari Laut Mediterranean.
