Topik diikuti
Pergi ke BHkuMenteri kesal permit debat dengan Mahathir ditolak
Premium
Menteri kesal permit debat dengan Mahathir ditolak
Menteri kesal permit debat dengan Mahathir ditolak

-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Mar 27, 2017 | 5:30 AM
KUALA KANGSAR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, mempersoal keputusan polis negara itu menolak permohonan program debat beliau bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sultan Azlan Shah yang sepatutnya berlangsung hari ini.
Mohamed Nazri berkata, program itu ditolak polis atas beberapa alasan, namun hairan permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu mengadakan program Jelajah Tawan Perak Selamatkan Malaysia di kawasannya, dibenarkan.
