Premium
May terselamat dari undi tidak yakin
Jan 18, 2019 | 5:30 AM
MAHU LAKSANAKAN BREXIT: Cik Theresa May berucap di luar 10 Downing Street menyeru perpaduan dan mengulangi bahawa beliau berhasrat terus melaksana keputusan rakyat hendak meninggalkan EU. - Foto EPA-EFE -
LONDON: Perdana Menteri Britain, Cik Theresa May, selamat daripada undi tidak yakin semalam, yang dicetuskan oleh kekalahan bersejarah dalam perjanjian Brexitnya, tetapi mencetuskan laluan tidak jelas bagi Britain bagi langkahnya meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).
Beliau menang dengan 19 undi, selepas 325 Ahli Parlimen (AP) menyokong kerajaan manakala 306 menolak dalam undi tidak yakin itu.

