Marzuki Yahya dipecat sebagai Ketua Bersatu Pulau Pinang
Premium
Marzuki Yahya dipecat sebagai Ketua Bersatu Pulau Pinang
Jun 5, 2020 | 5:30 AM
DIPECAT: Tidak lagi pegang jawatan Ketua Bersatu Pulau Pinang. - Foto fail -
PETALING JAYA: Mantan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya, yang menegaskan beliau masih memegang jawatan itu, telah dipecat jawatannya sebagai Ketua Bersatu Pulau Pinang.
Perdana Menteri dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengeluarkan surat pemecatan Datuk Marzuki itu pada Selasa lalu dengan menyatakan Datuk Marzuki "tidak lagi memegang jawatan ketua bagi Bersatu Pulau Pinang dengan serta merta".

