Topik diikuti
Pergi ke BHkuMantan gabenor Jakarta bebas dari penjara
Premium
Mantan gabenor Jakarta bebas dari penjara
Basuki Tjahaja Purnama pinta penyokong memanggilnya 'BTP', bukan lagi 'Ahok'
Mantan gabenor Jakarta bebas dari penjara
SENYUMAN GEMBIRA: Mantan gabenor Jakarta, Encik Basuki Tjahaja Purnama (tengah), bergambar bersama ahli keluarganya di rumah selepas dibebaskan pada 7.30 pagi dari Pusat Tahanan Briged Bergerak di Depok, Jakarta Selatan, semalam. - Foto EPA-EFE -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 25, 2019 | 5:30 AM
JAKARTA: Setelah hampir dua tahun, mantan gabenor Jakarta, Encik Basuki Tjahaja Purnama, yang dipenjarakan kerana kesalahan menghina agama, dibebaskan semalam.
Encik Basuki, yang lebih dikenali dengan nama Cina Hakka beliau 'Ahok', dipenjarakan pada Mei 2017 selepas seorang hakim Jakarta mendapati beliau bersalah menghina Islam. Beliau dijatuhi hukuman penjara dua tahun tetapi dibebaskan awal selepas mendapat pengampunan tiga setengah bulan kerana tingkah laku baik.
