Malaysia sambut Aidiladha pada 29 Jun
Jun 19, 2023 | 2:35 PM
HAIWAN KORBAN: Para penduduk menyaksikan acara korban di sebuah kampung di Terengganu sempena Aidiladha. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun (Khamis), kata penolong setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman, ketika mengumumkannya pada Ahad.
“Sebagai mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, berikutan perkenan Raja-Raja, bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah jatuh pada 20 Jun 2023.
“Justeru, Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di Malaysia adalah pada Khamis, 29 Jun 2023,” katanya.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam Ahad. – The Star.
Laporan berkaitan
Muslim di S’pura sambut Aidiladha pada 29 JunJun 19, 2023 | 1:43 PM
Perlukah saya lakukan korban setiap tahun?May 31, 2023 | 3:39 PM


