SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Mahathir salahkan Muhyiddin, Anwar atas kejatuhan Pakatan Harapan

Mahathir salahkan Muhyiddin, Anwar atas kejatuhan Pakatan Harapan

Mar 2, 2020 | 8:28 AM

Mahathir salahkan Muhyiddin, Anwar atas kejatuhan Pakatan Harapan

Dalam gambar yang diambil pada 21 Februari, (dari kiri) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir Mohamad, Dr Wan Azizah, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sidang beri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Dalam gambar yang diambil pada 21 Februari, (dari kiri) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir Mohamad, Dr Wan Azizah, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sidang beri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. - BERNAMA

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempersalahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan rakan sekutunya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bercakap dengan anggota Bersatu dalam satu pertemuan tertutup semalam (1 Mac), Dr Mahathir berkata Tan Sri Muhyiddin - yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru semalam - mahu mengambil kesempatan daripada keinginan Datuk Seri Anwar lalu mencetuskan krisis politik, menurut laporan The Star.

Dr Mahathir, yang kedudukannya sebagai pengerusi Bersatu sedang dipersoalkan, berkata krisis 'sebenar' hanya berlaku apabila Tan Sri Muhyiddin membawa parti keluar daripada perikatan PH.

Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri minggu lalu sekaligus mencetuskan kemelut politik.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg