Topik diikuti
Pergi ke BHkuMahathir batalkan 2 projek dengan China
Mahathir batalkan 2 projek dengan China
Mahathir batalkan 2 projek dengan China
DIBATALKAN: Tun Dr Mahathir berkata projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) dengan China tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan Malaysia. - Foto THE STAR/ ASIA NEWS NETWORK
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 21, 2018 | 6:00 PM
BEIJING: Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata dua projek yang mendapat sokongan China di Malaysia - iaitu Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek dua saluran paip tenaga - telah dibatalkan buat masa ini.
Tun Dr Mahathir berkata projek itu tidak dapat diteruskan kerana masalah kewangan yang dihadapi Malaysia.
Pejabat Perdana Menteri Malaysia mengesahkan kenyataan Tun Dr Mahathir itu kepada media di Beijing.
Bagaimanapun, perincian tentang pembatalan itu termasuk isu berhubung pampasan akan dibincang kemudian, kata Tun Dr Mahathir.
"China faham masalah kami dan sudah bersetuju," ujarnya. - Agensi berita
