Topik diikuti
Pergi ke BHkuLetupan Kuil Erawan: Wanita Thai ditahan
Premium
Letupan Kuil Erawan: Wanita Thai ditahan
Letupan Kuil Erawan: Wanita Thai ditahan

JALANI PEMERIKSAAAN KESIHATAN: Wanna Suansan, yang dikehendaki berkaitan pengeboman Kuil Erawan di Bangkok yang membunuh 20 orang pada 2015, menerima pemeriksaan kesihatan di ibu pejabat polis kelmarin. Wanna dikatakan pulang ke Thailand untuk membuktikan dia tidak bersalah. - Foto REUTERS -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Nov 24, 2017 | 5:30 AM
BANGKOK: Polis Thailand kelmarin menahan seorang wanita yang dikehendaki berhubung pengeboman sebuah kuil di ibu kota Bangkok pada 2015, yang membunuh 20 orang, 14 daripada mereka pelancong asing.
Letupan di Kuil Erawan yang popular dalam kalangan pelawat dari China dan negara lain Asia itu menimbulkan kebimbangan mengenai berlakunya limpahan keganasan di rantau Xinjiang di barat China, tempat beberapa anggota masyarakat minoriti Muslim Uighur menentang pemerintahan Beijing.
