Topik diikuti
Pergi ke BHkuLetupan kedengaran di Doha, Qatar, media Israel sasar pemimpin Hamas
Letupan kedengaran di Doha, Qatar, media Israel sasar pemimpin Hamas
Letupan kedengaran di Doha, Qatar, media Israel sasar pemimpin Hamas
Kepulan asap kelihatan di Doha pada 9 September selepas beberapa letupan kedengaran. - Foto REUTERS
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Sep 9, 2025 | 9:57 PM
DOHA – Radio tentera Israel berkata Israel cuba menyerang pegawai Hamas di Qatar pada 9 September.
Televisyen Al Jazeera Qatar, memetik sumber Hamas, berkata serangan itu menyasarkan perunding gencatan senjata Hamas Gaza.
Beberapa letupan kedengaran di Doha, Qatar pada 9 September, kata saksi Reuters.
Media Israel, memetik seorang pegawai kanan Israel, berkata serangan itu ditujukan kepada pemimpin tertinggi Hamas, termasuk Khalil al-Hayya, ketuanya di Gaza.
Kepulan asap kelihatan di daerah Katara di ibu negara, kata seorang saksi. – REUTERS
Laporan berkaitan
Israel ugut ‘taufan dahsyat’ di Gaza jika Hamas tidak menyerahSep 9, 2025 | 10:28 AM
Trump keluarkan amaran terakhir kepada HamasSep 8, 2025 | 10:45 AM
