SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lelaki Jepun yang dituduh bunuh 19 orang kurang upaya dihukum mati

Lelaki Jepun yang dituduh bunuh 19 orang kurang upaya dihukum mati

Mar 16, 2020 | 3:29 PM

Lelaki Jepun yang dituduh bunuh 19 orang kurang upaya dihukum mati

DIHUKUM MATI: Dalam gambar yang diambil pada 26 Julai 2016 ini, Satoshi Uematsu, yang disyaki terlibat dalam serangan di sebuah kemudahan bagi orang kurang upaya, dilihat dalam kereta polis untuk dibawa ke pendakwa raya.
DIHUKUM MATI: Dalam gambar yang diambil pada 26 Julai 2016 ini, Satoshi Uematsu, yang disyaki terlibat dalam serangan di sebuah kemudahan bagi orang kurang upaya, dilihat dalam kereta polis untuk dibawa ke pendakwa raya. - Reuters

YOKOHAMA: Seorang lelaki Jepun dijatuhi hukuman mati pada hari Isnin (16 Mac) kerana membunuh 19 orang kurang upaya setelah mengamuk menggunakan pisau pada 2016. Satoshi Uematsu, 30 tahun, mengaku menikam mati atau mencederakan mangsa di pusat jagaan bagi orang kurang upaya mental. Dia pernah bekerja di kemudahan itu yang terletak di Sagamihara di barat daya Tokyo. Peguamnya telah mengemukakan rayuan tidak bersalah, dengan alasan lelaki itu mengalami "gangguan mental" yang dikaitkan dengan penggunaan ganja. Tetapi pihak pendakwa berkata Uematsu mampu mengambil tanggungjawab atas serangan di pusat Tsukui Yamayuri-en itu dan harus dihukum bagi kesalahan yang dilakukan. Uematsu tidak menunjukkan penyesalan bagi serangan itu dan telah memberitahu akhbar Mainichi Shimbun Jepun bahawa orang kurang upaya mental "tidak mempunyai hati", dan bagi mereka "tidak ada gunanya hidup". "Saya terpaksa melakukannya demi masyarakat," katanya. - AFP/Reuters.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg