SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lebih 6 juta pil dadah dirampas di utara Thailand

Lebih 6 juta pil dadah dirampas di utara Thailand

Dec 18, 2019 | 2:05 PM

Lebih 6 juta pil dadah dirampas di utara Thailand

Lebih 6 juta pil dadah methamphetamine telah dirampas di utara Thailand. FOTO: AFP
Lebih 6 juta pil dadah methamphetamine telah dirampas di utara Thailand. FOTO: AFP -

JUMLAH rekod lebih 6 juta pil dadah methamphetamine telah dirampas di utara Thailand semalam (Selasa, 17 Dis), kata polis.

Renjer tentera dari Pasukan Kerja Pha Muang merampas 4.99 juta pil tersebut, yang juga dikenali sebagai 'speed pills' daripada trak pikap di jalan raya di daerah Mae Chan, wilayah Chiang Rai.

Pemandu trak tersebut telah melarikan diri, meninggalkan dadah itu dalam beberapa beg besar.

Dalam satu lagi kes, sekitar 1.5 juta pil dadah methamphetamine juga telah dirampas renjer tentera daripada sekumpulan suspek pengedar dadah di daerah Mae Sai, wilayah Chiang Rai, berikutan penembakan rambang selama lima minit berdekatan sebuah kampung.

Suspek pengedar dadah itu dapat melarikan diri, meninggalkan pil dadah yang berjaya dirampas. - Xinhua

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg