SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lebih 54,000 rakyat M'sia lepas kerakyatan

Lebih 54,000 rakyat M'sia lepas kerakyatan

Jumlah dicatatkan dalam tempoh enam tahun
Mar 14, 2016 | 12:04 PM

Lebih 54,000 rakyat M'sia lepas kerakyatan

BUANG NEGERI: Seramai 54,406 rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka dalam tempoh enam tahun lalu. - Foto
BUANG NEGERI: Seramai 54,406 rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka dalam tempoh enam tahun lalu. - Foto - The Straits Times

KUALA LUMPUR: Seramai 54,406 rakyat Malaysia telah melepaskan kerakyatan mereka dalam tempoh enam tahun lalu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Mereka telah memilih untuk tidak meneruskan menjadi warganegara Malaysia dan telah memperolehi kewarganegaraan negara lain," jelas Datuk Seri Zahid yang juga merupakan menteri dalam negeri.

Beliau menjawab soalah Encik Mohamed Maidin (PAS-Sepang) yang bertanya mengenai jumlah rakyat Malaysia yang melepaskan kerakyatan mereka dari 2010-2016, dan sebab-sebab mereka berbuat demikian.

Menurut jawapan bertulis Parlimen itu, 10,664 rakyat Malaysia telah melepaskan kewarganegaraan mereka pada tahun 2010 dan ia meningkat kepada 11,080 pada tahun berikutnya.

Jumlah tersebut berkurangan kepada masing-masing 8,983 dan 6,678 pada tahun 2012 dan 2013. Pada tahun 2014 pula 7,843 rakyat Malaysia melepaskan kewarganegaraan mereka.

Tahun lepas, ia meningkat kepada 8,076 orang. Bagi bulan pertama tahun 2016 pula, sejumlah 1,102 Malaysia melepas kewarganegaraan mereka. - Malaysiakini

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg