Lapangan Terbang Heathrow terus hadkan 100,000 perlepasan sehari
Lapangan Terbang Heathrow terus hadkan 100,000 perlepasan sehari
LONDON: Pengendali lapangan terbang Heathrow London berkata akan terus mengehadkan bilangan penumpang kepada 100,000 orang setiap hari sehingga 29 Oktober ini.
Langkah ini sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menangani permintaan yang melambung tinggi bagi perjalanan udara di tengah-tengah kekurangan kakitangan.
Had harian itu pada mulanya ditetapkan untuk ditarik balik pada 11 September.
Lapangan terbang terbesar di Eropah itu memperkenalkan had 100,000 penumpang setiap hari pada Julai lalu.
"Memandangkan bilangan penumpang sering melebihi 100,000 sehari, kami mula melihat keadaan di mana kualiti perkhidmatan menurun kepada tahap yang tidak boleh diterima," kata kenyataan lapangan terbang tersebut.
Bilangan penumpang buat masa ini terlalu ramai sedangkan jumlah kakitangan tidak mencukupi. Keadaan itu telah mengakibatkan berlakunya kelewatan penerbangan secara besar-besaran, kegagalan dalam pengurusan bagasi dan pembatalan penerbangan pada saat-saat akhir.
Di Heathrow melihat pertumbuhan penumpang selama 40 tahun dalam masa empat bulan sahaja.
Lapangan Terbang Heathrow dilaporkan telah merekrut pekerja sejak November tahun lalu selepas menjangkakan berlakunya lonjakan permintaan sepanjang musim panas.
Ia juga berjanji untuk mempunyai kakitangan keselamatan seramai mungkin.
Bagaimanapun, bilangan tiket penerbangan telah dijual secara berlebihan oleh syarikat-syarikat penerbangan.
Heathrow termasuk beberapa lapangan terbang lain di Eropah mengalami kekurangan kakitangan secara signifikan selepas memberhentikan ramai pekerja ketika pandemik Covid-19. - Agensi berita.

