Topik diikuti
Pergi ke BHkuLapan korban pesawat ambulans meletup di Manila
Lapan korban pesawat ambulans meletup di Manila
MANILA: Sebuah pesawat ambulans dalam penerbangan pemindahan perubatan ke Jepun meletup ketika berlepas dari lapangan terbang utama Manila kelmarin, mengorbankan kesemua lapan penumpang dan kru.
Manifes penerbangan menunjukkan pesawat itu membawa seorang pesakit warga Canada dan temannya seorang rakyat Amerika Syarikat, serta tiga juruterbang, seorang doktor, seorang jururawat dan seorang medik penerbangan, lapor akhbar The Straits Times.
