Premium
Lagi mangsa diselamatkan dari puing gempa Turkey
Nov 5, 2020 | 5:30 AM
BERJAYA DISELAMATKAN: Anggota penyelamat menarik keluar Ayda Gezgin, empat tahun, dari runtuhan bangunan selepas berlakunya gempa bumi di pelabuhan Aegean di bandar Izmir, Turkey, pada 3 November lalu. - Foto REUTERS -
ISTANBUL: Pasukan penyelamat Turkey kelmarin berjaya menyelamatkan seorang lagi kanak-kanak dari bawah runtuhan bangunan, sehari selepas menarik keluar seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dari bangunan yang runtuh.
Laporan siaran langsung yang dilakukan stesen televisyen NTV menunjukkan anggota penyelamat menarik keluar mangsa berusia empat tahun, 91 jam selepas gempa kuat melanda wilayah Izmir di barat Turkey, menurut media tempatan, lapor agensi berita Xinhua.

