Topik diikuti
Pergi ke BHkuKorea Selatan cuba wujudkan 30,000 pekerjaan dalam 6 bulan

Korea Selatan cuba wujudkan 30,000 pekerjaan dalam 6 bulan
SEOUL: Korea Selatan mengumumkan pemerintah akan mengambil pelbagai langkah untuk mewujudkan 30,000 pekerjaan dalam separuh pertama tahun ini bagi menangani sentimen pasaran pekerjaan yang semakin buruk dan permintaan domestik yang lemah.
Pengumuman dibuat ketika penstrukturan semula apa yang dipanggil sebagai "industri terlebih bekalan" terdiri daripada perkapalan, pembinaan kapal, keluli, pembinaan dan petrokimia sedang dilaksanakan.
