Konflik rantau timur Mediterranean persingkat jangka hayat penduduk
Premium
Konflik rantau timur Mediterranean persingkat jangka hayat penduduk
Aug 26, 2016 | 5:30 AM

KESIHATAN TERJEJAS, JANGKA HAYAT LEBIH PENDEK: Kanak-kanak perempuan Syria ini menerima rawatan di hospital menyusuli serangan udara di Douma, Damsyik, awal minggu ini. Konflik dan perang saudara sejak gelombang kebangkitan rakyat atau Arab Springs yang bermula pada 2010 telah menjejas jangka hayat dan tahap kesihatan. - Foto AFP -
PARIS: Konflik dan perang saudara yang meletus di rantau timur Mediterranean sejak gelombang yang dikenali sebagai "kebangkitan rakyat" atau Arab Springs yang bermula pada 2010 memendekkan jangka hayat dan merosakkan kesihatan, menurut satu kajian semalam.
Yaman, Tunisia dan Mesir hilang tiga bulan jangka hayat antara 2010 hingga 2013, dengan keadaan bertambah buruk menjejas kesihatan sejak lebih dua dekad, kata penyelidik semalam.

