Premium
Komen serang TMJ: Siasatan polis bermula
Apr 12, 2018 | 5:30 AM
TUNGKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM: Polis mulakan siasatan terhadap orang-orang yang membuat komen kasar bersifat menyerang ke atas Tengku Mahkota Johor ini. - Foto fail -
JOHOR BAHRU: Polis Johor telah memulakan siasatan terhadap beberapa ulasan di Facebook terhadap Tengku Mahkota Johor ekoran komennya mengenai keadaan politik Malaysia pada hujung minggu.
Siasatan itu dilancarkan selepas beberapa laporan polis dibuat terhadap mereka yang membuat komen kasar dan bersifat menyerang terhadap Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, seperti yang dipetik oleh laman berita The Malay Mail Online (MMO) kelmarin.

