Premium
Kim Kardashian dirompak di Paris
Oct 4, 2016 | 5:30 AM

KARDASHIAN DIROMPAK: Kanye West (berbaju putih) menghentikan persembahannya di New York sebaik mendapat tahu isterinya, Kim Kardashian West (dua dari kanan), dirompak di sebuah penginapan mewah di Paris. - Foto REUTERS -
PARIS: Lelaki bertopeng dan bersenjata merompak bintang televisyen realiti Amerika Syarikat, Kim Kardashian West, di sebuah kediaman mewah di Paris awal pagi semalam, mencuri barang kemas bernilai jutaan dolar, kata polis dan publisis beliau.
Lima penyerang melakukan jenayah itu sekitar 3 pagi waktu tempatan (9 pagi waktu Singapura) di blok yang digunakan selebriti dan individu kaya di belakang gereja Madeleine di bandar itu, demikian seorang sumber polis memberitahu Reuters.

