AS ketuai rondaan bendung serangan Houthi di Laut Merah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

AS ketuai rondaan bendung serangan Houthi di Laut Merah

Dec 19, 2023 | 12:59 PM

AS ketuai rondaan bendung serangan Houthi di Laut Merah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
KAWALAN DITINGKAT DI LAUT MERAH: Fota fail menunjukkan lelaki bersenjata berdiri di pantai ketika kapal komersial Galaxy Leader, yang dirampas oleh Houthi Yaman bulan lalu, berlabuh di luar pantai al-Salif, Yaman, 5 Disember 2023.
KAWALAN DITINGKAT DI LAUT MERAH: Fota fail menunjukkan lelaki bersenjata berdiri di pantai ketika kapal komersial Galaxy Leader, yang dirampas oleh Houthi Yaman bulan lalu, berlabuh di luar pantai al-Salif, Yaman, 5 Disember 2023. - Foto REUTERS

KAHIRAH/GAZA/BAITULMAKDIS: Beberapa negara telah bersetuju untuk menjalankan rondaan bersama di selatan Laut Merah dan Teluk Aden bagi melindungi perkapalan komersial daripada serangan pemberontak Houthi di Yaman, kata Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin.

Houthi yang merupakan kumpulan bersekutu Iran telah menyatakan bahawa tujuan serangan peluru berpandu dan dronnya adalah untuk menyokong rakyat Palestin ketika Israel dan Hamas berperang di Jaluran Gaza sejak 7 Oktober.

Encik Mohammed al-Bukhaiti, anggota biro politik Houthi, memberitahu pemberita pada 18 Disember bahawa kumpulannya siap berdepan dengan mana-mana gabungan yang dibentuk oleh Amerika bagi mengawal Laut Merah.

Encik Austin, yang dalam perjalanan ke Bahrain, pangkalan bagi ibu pejabat Tentera Laut Amerika di Timur Tengah, berkata negara-negara peserta yang diketuainya termasuk United Kingdom, Bahrain, Canada, Perancis, Italy, Belanda, Norway, Seychelles dan Sepanyol.

Beliau berkata mereka akan melakukan rondaan bersama di selatan Laut Merah dan Teluk Aden.

“Ini adalah cabaran antarabangsa yang menuntut tindakan kolektif. Oleh itu hari ini saya mengumumkan satu inisiatif keselamatan berbilang negara yang penting,” kata Encik Austin dalam satu kenyataan pada 19 Disember.

Serangan yang semakin meningkat oleh pemberontak Houthi ke atas kapal berdaftar dengan nama Sea telah mengganggu perdagangan maritim apabila firma pengangkutan global terkemuka mengalihkan laluan di sekitar Tanjung Harapan untuk mengelakkan Terusan Suez.

Jurucakap tentera Houthi, Jeneral Yahya Saree, berkata mereka telah menyerang kapal Swan Atlantic yang berbendera Kepulauan Cayman, sebuah kapal pengangkut bahan kimia dan produk minyak, dan kapal kargo MSC CLARA yang berbendera Panama.

Beberapa syarikat pengangkutan utama termasuk MSC sebaliknya telah mula belayar di sekitar Afrika, meningkatkan kos dan kelewatan dalam beberapa minggu akan datang, menurut penganalisis industri.

Kira-kira 15 peratus daripada trafik perkapalan dunia transit melalui Terusan Suez – laluan perkapalan paling pantas antara Eropah dengan Asia.

Syarikat minyak utama BP menghentikan sementara semua transit melalui Laut Merah dan kumpulan kapal tangki minyak Frontline berkata kapalnya akan mengelak laluan berkonflik, petanda krisis semakin meluas termasuk penghantaran bekalan tenaga.

Harga minyak mentah meningkat berikutan kebimbangan tersebut pada 18 Disember.

Kumpulan syarikat tenaga, Norway Equinor, berkata ia telah mengubah laluan “beberapa kapal” yang membawa minyak mentah dan gas petroleum cecair (LPG) dari Laut Merah.

Firma kapal tangki Euronav pula berkata ia mengelak Laut Merah buat masa ini. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg