Kes serangan libatkan belia di negara lain
Julai 2024
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan selepas menyerang seorang pelajar di bahagian lehernya di Universiti Sydney (gaya serangan Christchurch, New Zealand, dan dipengaruhi personaliti media sosial, Andrew Tate).
April 2024
Seorang remaja berusia 16 tahun menikam seorang biskop di dada dengan pisau dalam gereja di Sydney, Australia.
Biskop itu telah membuat kenyataan kontroversi mengenai Islam dan golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ).
Insiden itu mencetuskan rusuhan di luar gereja, dengan orang ramai membaling batu ke arah polis dan menuntut mereka membawa keluar pelaku itu.
Oktober 2023
Seorang warga Russia berusia 20 tahun berasal dari Chechen menikam seorang guru dan mencederakan tiga yang lain dengan pisau di Sekolah Menengah Gambette, Arras, Perancis.
Oktober 2020
Seorang pelarian Syria berusia 20 tahun menikam dua lelaki menggunakan pisau di Dresden, Jerman.
Oktober 2020
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, yang merupakan pendatang Chechen, Russia, menyerang seorang guru sejarah di sekolahnya menggunakan pisau mata lebar, atau cleaver, di Perancis.
Jun 2017
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan atas kesalahan cuba menggunakan kapak dan parang untuk menyerang sebuah pub LGBT di Cumbria, Britain.
Pelaku tersebut menyokong ideologi ketuanan kulit putih dan ekstremis sayap kanan, termasuk naratif Neo-Nazi, anti-Muslim dan anti-Yahudi.

