Topik diikuti
Pergi ke BHkuKes Nora Anne: Lelaki M'sia didakwa buat kenyataan palsu mangsa dirogol

Kes Nora Anne: Lelaki M'sia didakwa buat kenyataan palsu mangsa dirogol
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai pemasaran semalam didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membuat kenyataan yang membangkitkan kemarahan menerusi Twitter dengan mendakwa bahawa Nora Anne Quoirin dirogol Orang Asli minggu lalu.
Muhammad Zikri Ibrahim, 29 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Cik Noorasyikin Sahat, lapor Berita Harian Malaysia semalam.
