Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes bunuh bersiri di Jawa: 3 lelaki ditahan

Jan 21, 2023 | 5:55 PM
LUBANG untuk menanam mangsa bunuh yang ditemui di sekitar rumah suspek.
LUBANG untuk menanam mangsa bunuh yang ditemui di sekitar rumah suspek. - TANGKAP LAYAR BHM

JAKARTA: Polis Indonesia percaya telah merungkai satu kes pembunuhan bersiri setelah memberkas tiga lelaki disyaki terlibat dalam sembilan kes pembunuhan, pada Khamis lalu (19 Jan). Ini selepas anggota penyiasatnya menemui lapan mayat di tempat berasingan di bandar Bekasi, Cianjur dan Garut di Jawa Barat ketika meneruskan pencarian mayat kesembilan. Antara mangsa ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang mayatnya dikebumikan di Cianjur, lapor laman berita JakartaGlobe. Ketiga-tiga suspek itu - Wowon Erawan; adiknya, Dede Solehudin; dan, Solihin - dituduh meracuni mangsa mereka dalam apa yang dikatakan polis sebagai kes pembunuhan bersiri. Motif pembunuhan masih tidak jelas kerana siasatan bersama yang diketuai oleh Polis Jakarta sedang dijalankan. Siasatan awal menunjukkan suspek telah menipu orang ramai supaya mempercayai mereka memiliki "keupayaan ghaib" untuk melipatgandakan kekayaan dan membunuh mangsa yang menyerahkan aset mereka agar menghapuskan saksi yang berpotensi, Ketua Polis Jakarta Inspektor Jeneral Fadil Imran memberitahu wartawan. "Matlamat mereka adalah untuk mencuri wang daripada mangsa mereka. Jadi pembunuhan itu didahului dengan penipuan - janji untuk menjadikan mangsa lebih kaya," kata Inspektor Jeneral Fadil. "Duloh atau Solihin ini menggambarkan dirinya punya kemampuan untuk meningkatkan kekayaan, kemudian menyuruh Aki untuk mencari korban," menurut Ketua Polis Daerah Metro Jaya itu yang dilaporkan akhbar Kompas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg