SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kerajaan perpaduan dibentuk melalui kerjasama beberapa parti politik

Kerajaan perpaduan dibentuk melalui kerjasama beberapa parti politik

Nov 26, 2022 | 5:30 AM

Kerajaan perpaduan dibentuk melalui kerjasama beberapa parti politik

cb258903-9c11-4930-a81d-3d0d277f3034
-

SUSULAN Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu yang menyebabkan keadaan Parlimen tergantung, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) agar satu kerajaan perpaduan ditubuhkan.

Ini memandangkan kedua-dua gabungan itu tidak mendapat angka majoriti mudah dalam kerusi Parlimen.

Sementara ketua PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima usulan itu, ketua PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolaknya.

Maksud kerajaan perpaduan adalah kerajaan yang dibentuk melalui kerjasama beberapa parti politik yang mungkin berseteru sebelum pilihan raya.

Ia merupakan satu pemerintahan gabungan luas yang terdiri daripada sebilangan atau semua parti politik dalam badan perundangan sesebuah negara.

Kebiasaannya, ia dibentuk semasa keadaan memerlukan seperti waktu berperang, darurat atau juga apabila tiada sebuah parti mempunyai sokongan majoriti termasuk selepas diadakan pilihan raya.

Laluan itu selalu diambil sebagai penyelesaian demi membentuk satu pemerintahan baru dan mencegah daripada keadaan Parlimen tergantung yang berlarutan.

Beberapa negara pernah mengambil langkah seperti itu seperti Greece, Israel, Italy, Lebanon, Kenya dan sebilangan negara lain, dan bukan unik pada Malaysia.

Seorang pakar Perlembagaan Malaysia, Profesor Shamrahayu Ab Aziz, berkata kerajaan perpaduan adalah antara pilihan utama kerana dianggap mampu mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg