Topik diikuti
Pergi ke BHkuKeluarga mangsa desak pembunuhan dianggap jenayah kebencian
Keluarga mangsa desak pembunuhan dianggap jenayah kebencian
RALEIGH (Amerika Syarikat): Tiga pelajar Islam yang ditembak mati oleh jiran mereka yang berkulit putih disemadikan dalam acara penuh emosi semalam sedang keluarga mereka mendesak supaya pembunuhan itu dianggap sebagai satu jenayah kebencian.
Lebih 5,000 orang berkumpul bagi pengebumian Encik Deah Shaddy Barakat, 23 tahun; isterinya, Cik Yusor Mohammad Abu-Salha, 21 tahun; serta adik iparnya, Cik Razan Mohammad Abu-Salha, 19 tahun.
