Kejadian menembak di New Zealand: Empat orang ditahan
Mar 15, 2019 | 4:00 PM
Seorang pegawai keselamatan mengawasi keadaan di sekitar Masjid Al Noor, di Christchurch, New Zealand. - AFP
Empat orang - tiga lelaki dan seorang perempuan - kini ditahan, ekoran penembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand.
Perdana Menteri Australia Scott Morrison mengesahkan bahawa seorang daripada mereka ialah warga Australia.
Laporan media berkata lelaki itu Brenton Tarrant, 28 tahun, warga kulit putih yang dilahirkan di Australia, telah menyiarkan secara langsung penembakan itu selama 17 minit.
Pesuruhjaya polis New Zealand, Mike Bush, berkata 'tiada lagi insiden yang lebih serius' daripada yang berlaku di Christchurch itu.
Menurut Encik Bush, beberapa alat letupan juga ditemui di kereta yang digunakan individu-individu itu, tetapi semuanya telah dimatikan.

