Kebakaran besar 'baham' puluhan gerai berdekatan Masjid Al-Azhar
Premium
Kebakaran besar 'baham' puluhan gerai berdekatan Masjid Al-Azhar
May 11, 2016 | 5:30 AM
LAWAN API: Pegawai bomba Mesir berusaha hampir semalaman bagi memadamkan kebakaran besar yang menjejas teruk kawasan pasar terkenal al-Atabaa di kawasan Kahirah yang turut menyebabkan tiga orang maut dan 91 lagi cedera. - Foto AFP -
KAHIRAH: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 91 orang termasuk beberapa anggota bomba cedera apabila sebuah bangunan komersial di pusat bandar Kahirah terbakar, kata pihak berkuasa Mesir.
Menurut polis, kebakaran yang berlaku hampir semalaman itu bermula di sebuah hotel kecil di kawasan kejiranan Al-Mosky, tidak jauh dari Masjid Al-Azhar, sebelum merebak dengan cepat ke beberapa premis berhampiran.

